Wednesday, July 1, 2009

Sejarah PSS

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Middleton terletak di KM 5, Jalan Batang Jelai, Ladang Batang Jelai dan didirikan pada tahun 1953. Pada ketika itu, jumlah murid meningkat 96 orang. Kesemua murid datang dari Ladang Batang Jelai (Nama dahulu ialah Ladang Middleton).

Sejak tahun 1996, tiada lagi keluarga berketurunan Cina tinggal di Ladang Batang Jelai. Jumlah murid setakat 6.3.2006 adalah sebanyak 5 orang yang terdiri daripada seorang murid Cina dari kawasan berhampiran, seorang murid India dan 3 orang murid Melayu dari Ladang Batang Jelai.

Sekolah ini terdiri dari seorang guru besar, 3 guru, seorang kerani dan seorang prasekolah. Dua orang 24 jam menjaga keselamatan sekolah dari syarikat swasta.

Kelulusan perpindahan sekolah ini ke tapak baru telah diperolehi melalui surat daripada Bahagian Perancangan dan penyelidikan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Mac 2004. Pemaju Perumahan iaitu Pembinaan Seri Pajam Sdn Bhd telah bersetuju menyumbang sebidang tanah berkeluasan 5 ekar di Taman Desa Puteri, Bahau untuk tapak baru sekolah melalui suratnya bertarikh 6 September 2004.

Pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG sekolah telah bersetuju memindahkan sekolah ini ke tapak baru di Taman Desa Puteri, Bahau. Adun Kawasan Bahau YB Tuan Dato See Ah Kow telah dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Berpindah.

No comments:

Post a Comment